Mahkamah Tinggi Melaka memutuskan sabitan terhadap pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Che Fadzlie Izwan Che Johari adalah wajar dan rayuannya tiada merit. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Melaka menolak rayuan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap sabitannya atas lapan pertuduhan rasuah.
Hakim Suria Kumar Paul berkata semua bukti dokumentari, termasuk sebuah buku yang merekodkan bayaran kepada Che Fadzlie Izwan Che Johari serta keterangan saksi menunjukkan wujud sebuah sindiket melindungi lori membawa muatan berlebihan.
Berdasarkan fakta kes, Fadzlie terbabit sindiket tonto, iaitu rangkaian pemberi maklumat dan orang tengah yang dibayar untuk mengekori, memantau serta mengganggu pegawai penguat kuasa JPJ.






