Bangkok: Mahkamah rayuan Thailand membatalkan sabitan cubaan merogol seorang remaja perempuan terhadap bekas juara tinju Olimpik pertama negara itu, Somluck Kamsing, namun mengekalkan sabitan kesalahan melarikan mangsa.
Somluck, 53, yang menjadi wira negara itu selepas memenangi pingat emas tinju kategori featherweight pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta, sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan melarikan mangsa bagi tujuan tidak bermoral dan cubaan merogol remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun.
Pada Januari 2025, beliau dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun bagi kedua-dua kesalahan berkenaan.
Bagaimanapun, mahkamah rayuan wilayah di Khon Kaen membatalkan sabitan cubaan merogol selepas mendapati keterangan mangsa mempunyai beberapa 'percanggahan', selain tiada bukti menunjukkan unsur paksaan atau ugutan.








