am@hmetro.com.my

Kangar: Seorang lelaki yang dikaitkan dengan dakwaan kes gangguan seksual terhadap mangsa bawah umur dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, di sini, hari ini untuk permohonan perintah reman.

Perintah reman selama dua hari bermula hari ini dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar, Mohd Amiruldin Roslan selepas mendapat permohonan dikemukakan pegawai penyiasat polis.

Terdahulu, suspek yang memakai kemeja-T berwarna hitam dilihat tiba di pekarangan mahkamah berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis serta dikawal ketat anggota keselamatan.

Semalam, polis mengeluarkan kenyataan meminta penceramah motivasi terbabit tampil ke balai polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes gangguan seksual berkenaan.