SEPANG: Keputusan menganjurkan Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tahun ini ternyata mengejutkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Bahrain (BIC) Sheikh Salman Isa Al Khalifa.
Sheikh Salman berkata beliau dimaklumkan mengenai rancangan itu menerusi panggilan telefon ketika meninggalkan GP Belgium 2026 di Litar Spa-Francorchamps, Stavelot, Belgium pada Julai lepas.
Mengimbas kembali bagaimana GP Bahrain akhirnya dibawa ke Litar Sepang tahun ini, Sheikh Salman berkata beliau menerima panggilan daripada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa yang memaklumkan perlumbaan itu akan berlangsung di Malaysia.
"Ia sesuatu yang sangat menarik. Saya menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota, kalau tidak silap ketika meninggalkan Spa, dan baginda berkata, 'Hai Salman, saya cuma mahu beritahu, Grand Prix Gulf Air Bahrain akan berlangsung tahun ini.'








