Melaka: Pemuda UMNO menzahirkan rasa syukur dan gembira susulan keputusan muktamad persefahaman politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata kerjasama itu diyakini membawa banyak manfaat kepada umat Melayu dan Islam di negara ini, selain menjadi langkah penting merealisasikan gagasan Tekad Ummah iaitu agenda penyatuan antara dua parti terbesar orang Melayu, UMNO dan Pas.
Beliau berkata, persefahaman berkenaan turut membuktikan penyatuan ummah yang dipelopori sayap parti itu mampu diterjemahkan dalam realiti politik, khususnya menjelang PRN Melaka.
"Pemuda UMNO menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan pengumuman Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai persefahaman politik antara BN dan PAS dan sudah pasti PRN Melaka bakal menyaksikan dua parti Melayu terbesar bergabung untuk memastikan agenda penyatuan ummah dapat direalisasikan demi bangsa dan agama.








