Siri nombor pendaftaran khas 'H' dilancarkan September lalu berjaya menjana pendapatan sebanyak RM91.2 juta untuk kerajaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kerajaan tidak berhasrat memperkenalkan nombor pendaftaran kenderaan tempahan khas seperti dilaksanakan di sesetengah negara walaupun langkah itu berpotensi menjana pendapatan lebih tinggi.
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata cadangan itu pernah dibincangkan sebelum ini namun kerajaan membuat keputusan mengekalkan sistem pendaftaran kenderaan sedia ada.
Katanya, sistem yang menggunakan kombinasi huruf dan nombor sudah lama diamalkan dan terbukti berkesan di negara ini.
“Ia pernah dibincangkan tetapi kita tidak bercadang untuk mengeluarkan nombor plat mengikut nama kerana kita sudah mempunyai sistem sendiri.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F11%2F2c9c2cf69cd1a5f71f6cc9e43c68b086.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

