Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 exco bulan lalu, selepas mereka mengeluarkan kenyataan mendakwa baginda disingkirkan sebagai pemerintah. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yakin isu ketiadaan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di negeri itu dapat diselesaikan.

Ketika membahas Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Jalaluddin (BN-Jelebu) dicelah Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang bertanya sama ada ketiadaan barisan exco baharu akan merencatkan pembangunan negeri itu.

"Hulu Terengganu, jangan risau...(perkara itu) akan selesai. Biar Negeri Sembilan selesaikan masalah negeri Sembilan. Insya-Allah, (marilah kita) doa sama-sama," katanya tanpa memberikan sebarang tempoh masa.