KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diminta memberikan penjelasan berhubung kemungkinan warga asing beragama Islam di negara ini diberikan taraf Bumiputera dalam laporan statistik penduduk.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Bruas) di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027.

Beliau mendakwa warga asing beragama Islam mungkin dikategorikan sebagai Bumiputera dalam statistik penduduk negara, berdasarkan laporan DOSM.

Katanya, tanggapan itu timbul selepas meneliti statistik DOSM yang menunjukkan kategori Bumiputera tanpa pecahan khusus jumlah penduduk Melayu.