Munich: Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany dikejarkan ke hospital oleh pasukan perubatan kecemasan selepas pitam ketika sesi latihan, menurut kenyataan kelab itu.
"Vincent Kompany mendapatkan rawatan perubatan pada Jumaat selepas rebah ketika sesi latihan bersama pasukan simpanan FC Bayern.
"Kompany sedang menjalani pemeriksaan menyeluruh di hospital dan akan terus berada di bawah pemantauan perubatan," menurut kenyataan Bayern di laman web rasmi mereka.
Kompany, 40, bekas pertahanan Manchester City, tidak menghadiri sesi latihan dan sidang media pada Selasa menjelang pertembungan Bayern dengan Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Allianz Arena.









