Perlumbaan yang sepatutnya meraikan ketahanan fizikal dan pencapaian bertukar menjadi tragedi buat seorang pempengaruh larian dari Korea Selatan.

Yoo Ji-won, 25, rebah kira-kira 500 meter sebelum menamatkan acara separuh maraton di Seoul baru-baru ini.

Ji-won dilaporkan mengalami kecemasan perubatan selepas berlari sejauh 20.6 kilometer (km) daripada keseluruhan laluan 21.0975km.

Menurut pihak penganjur, seorang pegawai yang menemui pelari itu segera menghubungi perkhidmatan kecemasan dan melakukan bantuan pernafasan kardiopulmonari (CPR).