SEREMBAN – Kuasa-kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, Iran, Arab Saudi, Mesir, Turkiye, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) digesa duduk semeja bagi mencari penyelesaian diplomatik untuk meredakan konflik di Asia Barat yang kini memberi kesan kepada ekonomi dan bekalan tenaga dunia.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, konflik berkenaan bukan sahaja menyebabkan penderitaan kepada penduduk di rantau terbabit, malah negara-negara Asia Tenggara termasuk anggota ASEAN turut terkesan akibat kebergantungan kepada be