LONDON: Eddie Howe dijangka tidak teragak-agak untuk menyingkirkan beberapa pemain Manchester United sekiranya beliau menggantikan Michael Carrick sebagai pengendali pasukan itu.

Carrick kini semakin tertekan untuk menyelamatkan kedudukannya di Old Trafford selepas kekalahan memalukan 1-4 kepada Como dalam Liga Juara-Juara menyaksikan United meneruskan rentetan tanpa kemenangan kepada tujuh perlawanan dalam semua pertandingan.

Pengendali berusia 45 tahun itu akan membimbing The Red Devils menentang Bournemouth esok, namun masa depannya selepas perlawanan itu masih tidak menentu, dengan beberapa nama pengurus mula muncul sebagai calon penggantinya.

Antonio Conte, Julian Nagelsmann dan Fabian Hurzeler antara calon utama untuk menggantikan Carrick sekiranya beliau benar-benar dipecat.