LONDON: Harry Kane menyifatkan kemenangan besar 7-0 England ke atas Croatia dalam Liga Negara-Negara menjadi isyarat kepada pencabar mereka di Eropah.
Skuad kendalian Thomas Tuchel berpesta gol di Rijeka hasil dua gol Kane dan dua jaringan Bukayo Saka.
Jude Bellingham, Anthony Gordon dan Morgan Rogers turut mencetak gol untuk The Three Lions dalam kemenangan terbesar sepanjang era Tuchel.
Penyerang Bayern Munich, Kane yang sudah meledak 89 gol dalam 124 penampilan antarabangsa, percaya persembahan bertenaga itu menjadi contoh yang boleh dijadikan panduan England ketika mereka membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah bersama Euro 2028.
Ia berbeza dengan aksi hambar England ketika Tuchel menggunakan pendekatan bertahan pada penghujung aksi separuh akhir Piala Dunia menentang Argentina pada Julai lalu.







/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)

