SHAH ALAM: Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan agenda kesamarataan yang didakwa boleh menghakis kepentingan pendidikan Bumiputera.

Sebaliknya, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mahasiswa seharusnya mempertahankan hak keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, seharusnya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak perlu kekal relevan dalam memastikan keseimbangan pembangunan pendidikan dan ekonomi negara.

"Perkara 153 menyebut mengenai keistimewaan orang Melayu. Dia tak sebut keistimewaan Bumiputera, dalam Perlembagaan tak ada istilah Bumiputera.