KUALA LUMPUR: Pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad seharusnya berundur sepenuhnya daripada dunia politik setelah namanya dicemar dengan kes ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Naib Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Shahrizan Ramli berkata, pendekatan yang diambil oleh parti Bersama untuk merehatkan beliau selama tiga bulan telah memberi gambaran yang salah kepada pemimpin masa depan terutama anak-anak muda.
Katanya, banyak ahli politik antarabangsa mengambil tanggungjawab jika terbabit dengan kes-kes moral dan mereka sama ada meletakkan jawatan atau bersara atau mengundurkan diri daripada kerja-kerja kepartian demi menjaga maruah.
“Tetapi, dalam kes Nik Nazmi ini, beliau hanya direhatkan dan memberi gambaran seolah-oleh dia melakukan kesalahan kecil dan selepas tiga bulan, beliau kembali berpolitik seperti tiada apa-apa yang buruk perlu dilakukannya,” katanya hari ini.









