Noorizwan Zulkefly, 42, ditahan pada 19 Sept lalu dan ditempatkan di IPD Cheras sebelum dibawa ke HUKM pada 30 Sept dan disahkan meninggal dunia 1 Okt lalu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Peguam mewakili keluarga Noorizwan Zulkefly yang meninggal dunia dalam tahanan polis mempertikaikan dapatan Bukit Aman bahawa Allahyarham tiada sebarang kecederaan dalaman.

Rania Aljunied, pengarah Lawyers for Liberty, dan Dina Zamri berkata dapatan itu bercanggah dengan hasil bedah siasat dijalankan pakar patologi dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM).

Mereka berkata, laporan bedah siasat mendapati Noorizwan mengalami "pendarahan menyeluruh dalam otak" yang boleh menyebabkan kematian, selain pendarahan pada usus.