Kumpulan yang mengibarkan Jalur Gemilang terbalik itu sebahagian daripada sebuah NGO berdaftar di Australia dikenali 'Sabah Sarawak Keluar Malaysia'. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Mustapha Sakmud membidas sekumpulan rakyat Malaysia dipercayai dari Malaysia Timur kerana mengibarkan Jalur Gemilang terbalik di depan Bangunan Parlimen Victoria di Australia.

Kumpulan yang juga sebahagian daripada NGO berdaftar di Australia dikenali 'Sabah Sarawak Keluar Malaysia' berbuat demikian ketika mengadakan demonstrasi di depan Bangunan Parlimen di Melbourne semalam.

Mustapha berkata, tindakan kumpulan itu langsung tidak mencerminkan budaya penduduk Sabah dan Sarawak yang beradab serta santun, selain berisiko menjejaskan reputasi rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di sana.