SORAKAN penonton, nyanyian beramai-ramai dan kemunculan dua penyanyi jemputan mewarnai Konsert Nastia Project: Soul Journey yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi persembahan selama dua jam, duo Nastia yang dianggotai Leo Azman dan Rudy menyampaikan 21 dendangan, sekali gus membawa penonton menyusuri sedekad kembara muzik mereka yang sarat dengan kisah dan kenangan.

Seawal persembahan, penonton memberikan perhatian kepada kemunculan duo berkenaan yang tampil menghiburkan peminat menerusi rangkaian lagu pilihan daripada repertoir mereka.

MENERUSI persembahan selama dua jam, duo Nastia yang dianggotai Leo Azman dan Rudy menyampaikan 21 dendangan, sekali gus membawa penonton menyusuri sedekad kembara muzik mereka. Melodi segar