Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli, berkata Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut cadang semakan dibuat bagi menentukan sama ada bakal suami pernah gagal membayar nafkah sebelum ini.KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang meminda undang-undang bagi memudahkan Mahkamah Syariah mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja mengabaikan perintah menunaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Di bawah undang-undang keluarga Islam, nafkah merujuk kepada sokongan kewangan yang wajib disediakan oleh seseorang untuk pasangan, bekas pasangan atau anak-anak, tertakluk kepada keadaan. Ia merangkumi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, dan perbelanjaan sara hidup yang berkenaan.