Bangkok: Membeli kediaman yang terletak berhadapan pejabat kerajaan dan polis sepatutnya memberikan rasa selamat, namun ia tidak berlaku kepada seorang wanita di wilayah Khon Kaen, timur laut Thailand.

Kediaman wanita itu bukan sekali dipecah masuk, sebaliknya tiga kali menjadi sasaran pencuri dalam tempoh tiga tahun, sehingga mendorongnya untuk menjual hartanah terbabit.

Thanida, 44, berkata, kejadian berulang kali berlaku walaupun dia menambah baik aspek keselamatan kediaman itu yang terletak berhadapan pejabat Pusat Wilayah Pencegahan dan Mitigasi Bencana 6, pejabat Polis Pelancong serta Pusat Latihan Polis Wilayah 4.

Wanita itu berkata, kediaman berkenaan jarang berpenghuni selepas keluarganya berpindah ke Bangkok, namun mereka tetap memantaunya menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan memasang beberapa ciri keselamatan lain.