Kuala Lumpur: Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Berhad (LBS), Tan Sri Datuk Seri Ir (Dr) Lim Hock San, menerima Anugerah Tokoh Teladan Sepanjang Hayat sempena International Fujian Business Role Model Awards 2026, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang korporat dan pembangunan komuniti.
Anugerah berkenaan disampaikan pada majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, 31 Oktober lalu.
Ia dianjurkan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Fujian Malaysia dengan sokongan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia bagi mengiktiraf sumbangan dan kepimpinan tokoh perniagaan yang turut memberi impak kepada masyarakat.
Selain pencapaian dalam industri pembangunan hartanah, Lim turut menerajui usaha LBS memperkukuh tadbir urus korporat, kecemerlangan operasi dan pertumbuhan perniagaan mampan.









