Tangkap layar satu video tular memaparkan lelaki dipercayai pengetua berdepan wanita yang mahu mendapatkan penjelasannya. (Gambar Threads)PETALING JAYA: Pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk yang disiasat atas dakwaan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan Tingkatan Tiga membuat laporan polis berkait video tular mengenainya.

Ketua Polis Perak Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata lelaki berusia 56 tahun itu membuat laporan pada 25 Okt kerana tidak puas hati.

Katanya, setakat ini seramai sembilan individu termasuk pengetua berkenaan sudah dirakam percakapan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kedua-dua perkara ini, lebih-lebih lagi kes berkenaan membabitkan seorang penjawat awam,” katanya menurut Utusan Malaysia, di IPK Perak, Ipoh.