Seruan boikot rangkaian Oriental Kopi tercetus selepas seorang pengguna media sosial bangkitkan ketiadaan terjemahan bahasa Melayu pada menunya. (Gambar Instagram)PETALING JAYA: Penjualan besar-besaran saham Oriental Kopi Holdings Bhd baru-baru ini susulan seruan boikot berhubung ketiadaan bahasa kebangsaan pada menunya adalah tidak berasas, menurut sebuah firma penyelidikan.
Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB), gesaan boikot rangkaian kopitiam itu setakat ini tidak menjejaskan jualan, tanpa sebarang perubahan ketara pada kehadiran pelanggan.
“Kami kekal positif terhadap Oriental Kopi, memandangkan sesi libat urus bersama pihak pengurusan mendapati seruan boikot berhubung isu bahasa dalam menu baru-baru ini, setakat ini, tidak memberi kesan pada jualan,” katanya dalam satu nota.






