Semalam, Anwar Ibrahim berkata di Dewan Rakyat kerajaan kekal terbuka bincang peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang dan melantik Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mengendalikan rundingan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Tawaran perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) kepada pembangkang mungkin menjadi amaran Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengugut kerajaan dengan menarik sokongan terhadap belanjawan atau dasar, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata tawaran itu tidak banyak membantu kelangsungan kuasa Anwar kerana beliau sudah mempunyai sokongan lebih dua pertiga Ahli Parlimen, termasuk daripada BN.

Azmi Hassan.Katanya, BN dijangka terus menyokong dasar kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan walaupun tidak semestinya sehaluan dengan Anwar dari segi politik.