Mahkamah Tinggi Ipoh pinda pertuduhan asal terhadap Mohd Nazri Abdul Razak mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati kepada Seksyen 304(b) kanun sama. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pegawai polis berpangkat deputi superintendan Mohd Nazri Abdul Razak dijatuhi penjara tujuh tahun enam bulan selepas mengaku salah selepas pertuduhan membunuh pelajar Tingkatan 5 dipinda kepada menyebabkan kematian tanpa niat.
Nazri, 47, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Bhupindar Singh Gurcharan Singh, lapor Kosmo.
Tertuduh diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 15 Dis 2023.
Terdahulu, Bhupindar Singh meminda pertuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dipinda kepada Seksyen 304(b) kanun sama.








