SHAH ALAM – Kegiatan sindiket pusat panggilan yang memperdaya mangsa di Eropah dan Asia Timur sejak tiga bulan lalu terbongkar selepas 58 individu ditahan dalam sembilan operasi di sekitar Selangor.
Kesemua suspek ditahan dalam serbuan selama enam hari bermula 20 Oktober lalu, termasuk lapan warga tempatan yang berusia antara 20 hingga 50 tahun.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, sindiket tersebut menjadikan kondominium, rumah teres dan hotel sekitar Serdang, Subang Jaya, Ampang Jaya, Sepang, Petaling Jaya, Kajang, Sungai Buloh, Gombak sebagai pusat panggilan mereka.
Menurutnya, sindiket berkenaan menjalankan kegiatan penipuan pelaburan saham, penipuan cinta (love scam) dan tawaran kerja.









