SHAH ALAM – Pemburuan lelaki yang menyamar sebagai pegawai pengiring sulit Raja Muda Selangor (RMS) bagi memperdaya mangsa dalam urusan jual beli rumah dan kenderaan berakhir apabila dia ditangkap di sebuah kondominium di Johor Bahru semalam.
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang selepas menghilangkan diri sejak 13 Oktober lalu.
Turut ditahan adalah pasangan beradik berusia 26 dan 27 tahun di daerah ini dan Johor Bharu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati kedua-dua beradik itu dipercayai membantu suspek utama bersembunyi sepanjang diburu polis.









