JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri warga Malaysia ditahan selepas dipercayai membawa wang tunai berjumlah hampir RM3 juta tanpa pengisytiharan ketika melalui pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini semalam.
Wang tunai yang ditemukan dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard berwarna putih itu melibatkan RM1,971,697 serta Dolar Singapura (SGD) 300,000 (RM955,441.20).
Penahanan pasangan berusia 41 dan 42 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 11.40 pagi ketika kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan itu melalui zon pemeriksaan kereta menghala ke Woodlands, Singapura.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan sel









