sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil menitipkan doa buat Harimau Malaya menjelang aksi penentuan tempat ketiga Piala FIFA ASEAN menentang Vietnam hari ini.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad negara yang akan turun berjuang di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, sambil menyeru pemain memberikan aksi terbaik demi lencana di dada.
"Selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Vietnam petang ini.
"Berjuang dengan penuh semangat dan berikan yang terbaik demi lencana di dada. Rakyat Malaysia bersama kalian," katanya.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/a3361cd8ca7d5557268d347d4e94b594.jpg)