ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu Cycling Team (TSG), Nasiruddin Wan Idrus mengesahkan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 menjadi penampilan terakhirnya bersama pasukan itu selepas membuat keputusan untuk bersara pada usia 60 tahun.

Nasiruddin atau lebih mesra disapa 'Che Din' berkata, keputusan itu dibuat selepas 12 tahun mencurahkan khidmat bersama TSG, selain mahu memberi laluan kepada generasi baharu untuk menerajui pasukan berkenaan.

"Ya, saya telah pun membuat satu keputusan untuk bersara pada usia 60 tahun.

"Setelah 12 tahun menyumbang khidmat kepada pasukan TSG, saya bersama pasukan dan kakitangan termasuk bos, kita telah buat satu perubahan yang agak besar untuk pasukan TSG dan juga arena lumba basikal negara," katanya.