Bayan Baru: Lubang benam sedalam dua meter dan selebar 11 meter dikesan terbentuk di Lebuh Raya Mayang Pasir, di sini, hari ini.

Kejadian itu dipercayai disedari pengguna jalan raya kira-kira jam 3 petang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol, berkata lubang benam yang digenangi air itu terbentuk berhampiran rumah penduduk.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah memeriksa lokasi sebaik menerima maklumat dan difahamkan kejadian itu berlaku susulan kebocoran paip milik Indah Water Konsortium (IWK).