Manchester: Pengurus Manchester United, Michael Carrick dan kapten pasukan, Bruno Fernandes mengadakan pertemuan bagi meredakan ketegangan susulan krisis prestasi kelab itu, menurut beberapa laporan media, semalam.
Carrick dan Fernandes bertemu di pusat latihan United di Carrington dalam perbincangan berasingan daripada pertemuan membabitkan seluruh skuad bagi mencari jalan keluar daripada kemelut yang melanda pasukan itu, lapor Press Association.
Fernandes dilihat mempersoalkan taktikal Carrick selepas kekalahan 1-4 kepada Como dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.
Pemain tengah Portugal itu kemudian digugurkan daripada kesebelasan utama ketika United menentang Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu, malah kekal di bangku simpanan sepanjang perlawanan ketika pasukannya dimalukan 0-3.








