KUALA LUMPUR: Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) negara ini terus berada di bawah paras penggantian penduduk, apabila merekodkan 1.6 anak bagi setiap wanita berumur 15 hingga 49 tahun pada 2024.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Abdul Shukur Abdullah, berkata kadar itu jauh lebih rendah berbanding paras penggantian penduduk, iaitu sekitar 2.1 anak bagi setiap wanita.
"Berdasarkan penerbitan Perangkaan Penting (Vital Statistics) Malaysia 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), TFR Malaysia bagi 2024 adalah 1.6 orang anak bagi setiap wanita berumur 15 hingga 49 tahun.
"Kadar ini jauh lebih rendah berbanding paras penggantian penduduk, iaitu sekitar 2.1 orang anak bagi setiap wanita," katanya.









