Somnath Ghosh mengadakan kunjungan hormat ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Balai Menghadap Biru, Istana Arau. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: India mahu meneroka peluang kerjasama baharu dalam sektor pendidikan dan ekonomi di Perlis bagi memperkukuh hubungan dua hala.
Perkara itu antara dibincangkan dalam kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Somnath Ghosh yang menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Arau, semalam.
Mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.






