KUALA LUMPUR: Kertas penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu diserahkan kepada pegawai pengurus pilihan raya antara jam 9 hingga 10 pagi pada Sabtu ini, sempena Hari Penamaan Calon (HPC) di 28 pusat penamaan calon.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata kertas penamaan calon hendaklah diserahkan oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua daripada mereka, atau mana-mana seorang daripada mereka.
Beliau berkata, bakal calon yang ingin bertanding perlu mengisi borang dan membuat semakan awal dengan pejabat pegawai pengurus pilihan raya atau pejabat PRN Melaka sebelum HPC, selain membuat pembayaran deposit lebih awal.
"Resit pembayaran deposit itu hendaklah dibawa pada HPC sebagai bukti pembayaran.








