KUALA LUMPUR: Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) merekodkan tunggakan levi melebihi RM200 juta membabitkan 23,000 majikan berdaftar setakat September lalu.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata HRD Corp sentiasa mencari penyelesaian dan pendekatan terbaik bagi memastikan tunggakan berkenaan dapat dikutip semula.
Beliau berkata, pembayaran levi penting bagi membolehkan syarikat melaksanakan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan kemahiran semula (reskilling), sekali gus memastikan pekerja memiliki kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan industri.
"Apa yang kita lakukan ini adalah untuk kebaikan industri itu sendiri, kebaikan negara kita kerana kita tahu untuk bersaing dengan negara lain, tenaga kerja di negara kita perlu bersiap sedia dan dibekalkan dengan kemahiran, ilmu yang bersesuaian bertepatan keadaan semasa dan juga pada masa hadapan.









