PETALING JAYA: Syarikat Malaysia digalak memanfaatkan tumpuan China terhadap teknologi bernilai tinggi bagi tempoh 2026 hingga 2030, khususnya dalam kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan teknologi hijau.

Kaunselor Menteri dan Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Kedutaan Malaysia di Beijing Niqman Rafaee M Sahar berkata keutamaan di bawah Rancangan Lima Tahun Ke-15 China membuka ruang kepada syarikat tempatan untuk menjalin kerjasama dalam pembangunan teknologi, inovasi industri dan pengkomersialan penyelidikan.

Katanya, peluang itu termasuk penyumberan strategik, perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi yang boleh membantu meningkatkan keupayaan industri Malaysia.