KEMENANGAN sebagai Pelakon Komedi TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026), baru-baru ini sama sekali tidak pernah terlintas di fikiran aktor berpengalaman, Zahiril Adzim.

Mengakui pencalonan sulungnya menerusi kategori berkenaan sebagai satu kejutan, pemilik nama sebenar Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, menganggap pengiktirafan itu sebagai rezeki yang tidak dijangka.

Bagi aktor filem Libang Libu, bersaing dengan nama besar dan figura hebat dalam industri komedi tanah air seperti Amyza Aznan, Fikry Ibrahim, Issey Fazlisham dan Datuk Razak Ahmad memberi cabaran hebat buat dirinya.

"Jujurnya, saya tak sangka langsung. Ini kali pertama saya tercalon untuk Anugerah Seri Angkasa dan terus melekat untuk kategori Pelakon Komedi TV Terbaik.