SELEPAS Gantung, sebuah lagi novel laris terbitan Fixi karya Ariff Adly berjudul Kacau yang bergenre seram diadaptasi ke layar perak.

Ini adalah projek filem cereka ke-5 terbitan produksi Le Mediator Studio selepas Prebet Sapu, Ninavau, Abah Saya Uncle Mike dan Luka (belum ditayangkan).

Pengarah, Muzzamer Rahman diberikan kepercayaan mengarahkan filem yang penuh dengan elemen kejutan berdasarkan dari permainan popular kanak-kanak dan remaja, Spirit of the Coin ini.

Muzzamer berkata, selain mempertaruhkan elemen kejutan yang sinonim dengan genre seram, Kacau turut mengangkat dimensi berbeza dengan menyelongkar konflik dalaman dan kegelisahan generasi muda.