KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menetapkan sebarang syarat kepada ahli Parlimen pembangkang untuk menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA), sebaliknya membuka ruang kepada mana-mana wakil rakyat yang bersetuju dengan persefahaman itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, CSA bukan perkara baharu kerana pernah dilaksanakan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, persefahaman itu berasaskan prinsip sama seperti perjanjian terdahulu dan tidak sepatutnya dijadikan isu seolah-olah kerajaan mengenakan syarat untuk menyalurkan peruntukan kepada pembangkang.

“Peruntukan Parlimen berjalan seperti biasa, sama ada kepada kerajaan atau pembangkang. Peruntukan melalui ahli Parlimen itu mengikat kepada satu