Kerk Chee Yee daripada DAP pertama kali memenangi kerusi Ayer Keroh pada 2018 dengan majoriti besar 9,261 undi sebelum mengekalkannya pada PRN 2021 dengan majoriti lebih kecil, iaitu 5,624 undi. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kerk Chee Yee daripada DAP berdepan saingan empat penjuru dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Ayer Keroh untuk penggal ketiga.

Kerk, yang pertama kali dipilih pada 2018, dicabar Ketua Gerakan Melaka Michael Gan (Perikatan Nasional), Muhaimin Lau Abdullah (Bersama) dan Hamnaim Mohamad (Bersatu).

Ayer Keroh merupakan kubu kuat DAP yang dikuasai parti komponen Pakatan Harapan itu sejak 2008.

Pada 2018, Kerk memenangi kerusi itu dengan majoriti besar 9,261 undi. Setiausaha Publisiti DAP Melaka itu mengekalkan kerusi Ayer Keroh dengan selesa pada PRN 2021, meskipun majoritinya lebih kecil iaitu 5,624 undi.