PETALING JAYA – Mengimbas detik awal perkenalan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menyifatkan pengalaman tersebut sebagai fasa istimewa yang bukan sahaja mendekatkan dirinya dengan pelakon Bella Astillah, malah membolehkannya mengenali keluarga isterinya dengan lebih rapat.
Pemilik nama lengkap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, mengakui tidak pernah menyangka dirinya akan jatuh cinta dengan keistimewaan negeri di bawah bayu itu.
“Selepas dua hingga tiga bulan pergi ke pelbagai negeri (untuk penggambaran), apabila datang ke bumi Sabah saya rasa sesuatu yang luar biasa.
“Bila ‘touch down’, bermula rasa cinta. Ketika pergi dari pulau ke pulau, saya dapat mengenali Bella dan keluarganya dengan lebih erat serta rapat.









