Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata permohonan membabitkan lima pemohon terdiri setiausaha agung parti anggota PN.

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar notis dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) terhadap gabungan itu.

Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, berkata permohonan membabitkan lima pemohon terdiri setiausaha agung parti anggota PN.

Katanya, dua pihak dinamakan sebagai responden turut disaman dalam permohonan itu iaitu Pendaftar JPPM Muhammad Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

"Permohonan itu adalah membabitkan beberapa yang disebut sebagai perintah 'certiorari' iaitu untuk membatalkan notis yang dikeluarkan oleh JPPM terhadap PN.