PUCHONG: Pemimpin Parti Bersama (Bersama) Rafizi Ramli menggesa wakil rakyat yang tidak lagi mampu menyokong keputusan atau pendirian kerajaan kerana bercanggah dengan prinsip mereka supaya memisahkan diri daripada kerajaan.
Rafizi berkata mereka tidak sepatutnya terus berada dalam kerajaan dan berdiam diri walaupun tidak bersetuju dengan pendirian atau keputusan yang dibuat.
“Kalau kita tidak lagi mampu menyokong keputusan kerajaan yang bercanggah dengan prinsip kita, kita perlu 'dissociate yourself' daripada kerajaan,” katanya pada sidang media parti itu.






