Empat individu termasuk bekas peguam negara Idrus Harun dilantik oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini. (Gambar Jabatan Perdana Menteri)PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melantik empat individu termasuk bekas peguam negara Idrus Harun sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.

Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali, Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Hartini Saripan bagi penggal yang kedua dan bekas peguam besar negeri Sabah Mariati Robert.

Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hari ini memaklumkan pelantikan itu adalah mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].