London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengesahkan Declan Rice bakal menjadi pemain terbaru kelab itu yang menandatangani kontrak jangka panjang bagi memastikan khidmat pemain tengah England berkenaan terus kekal di Emirates.

Rice, 27, masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim depan, namun perbincangan mengenai perjanjian baharu sedang berlangsung.

Kontrak baharu itu dijangka menyaksikan Rice menerima kenaikan gaji besar sehingga menyamai pendapatan Bukayo Saka yang dilaporkan mencecah £350,000 (RM1.9 juta) seminggu, berbanding gaji semasanya sekitar £240,000 (RM1.3 juta) seminggu.

Arteta berkata, beliau yakin Rice gembira bersama Arsenal dan mahu terus menjadi sebahagian daripada perancangan jangka panjang kelab itu.