KUALA LUMPUR: Bekas pemain bes kumpulan New Boyz, Syuk, menafikan dakwaan dirinya merajuk atau berkecil hati dengan vokalis kumpulan berkenaan, Tomok, susulan keputusan tidak menerima pelawaan untuk kembali beraksi bersama kumpulan itu dalam konsert yang bakal dianjurkan, 5 Disember ini.
Sebaliknya, Syuk atau nama sebenarnya Mohd Syukri Mohd Shanushi, 43, menjelaskan penolakan itu dibuat atas kehendak sendiri kerana dia sudah tidak berminat untuk menyertai persembahan berkenaan, selain menegaskan tiada perselisihan faham atau pertelingkahan antara dirinya dengan Tomok.
Menerusi mesej yang ditujukan kepada Tomok di TikTok, Syuk turut berterima kasih atas pelawaan diberikan, selain mendoakan kejayaan New Boyz dan kelancaran konsert berkenaan.









