Kuala Lumpur : Tidak berminat menjadi punca pemain bass kumpulan New Boyz untuk menolak menyertai konsert New Boyz yang bakal diadakan pada 5 Disember depan.
Menerusi hantarannya di TikTok, Syuk atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Mohd Shaharudin turut memohon maaf kepada vokalis kumpulan berkenaan, Tomok dan menafikan wujud perasaan merajuk terhadapnya.
"Assalamualaikum. Maaf Tomok. Aku tak merajuk dan kita tak bergaduh pun. Aku cuma dah tak berminat nak sertai," tulisnya di hantaran TikTok berkenaan.
Dalam pada itu, Syuk turut menghargai usaha Tomok untuk memanggil Syuk menyertai konsert berkenaan.








