Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa kadar kepatuhan pusat penyembelihan serta pemprosesan ayam negara disifatkan sangat minimum dan pihak berkuasa digesa untuk menyemaknya.
Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor yang pernah terbabit dalam industri itu berkata, antara ketidakpatuhan pernah disaksikan olehnya adalah ada individu terbabit merokok dan tidak membaca 'bismillah' ketika mahu menyembelih ayam.
Katanya, cadangan dibuat pihak berkuasa sebelum ini untuk melaksanakan pusat penyembelihan ayam secara berpusat juga seharusnya disemak semula.
"Dulu pernah dicadangkan oleh pihak berkuasa untuk selaraskan semua penyembelihan dan diletakkan dalam satu pusat supaya pemantauan itu boleh dilakukan.






