JERAWAT antara masalah kulit yang biasa dialami oleh ramai individu. Jerawat boleh muncul di pelbagai bahagian tubuh seperti muka, dada, bahu dan belakang badan.

Walaupun ada yang menganggap jerawat sebagai masalah kecil, kehadirannya kadangkala boleh menimbulkan rasa tidak selesa, terutama apabila jerawat kelihatan merah, bengkak atau mempunyai mata putih.

Keadaan ini mungkin mendorong seseorang untuk memicit jerawat dengan harapan ia akan cepat surut dan hilang.

Namun, tindakan itu sebenarnya boleh memberikan kesan yang kurang baik terhadap kulit.